Berita Harian menang Anugerah Emas WAN-IFRA

November 25th, 2011

Berita Harian menang Anugerah Emas WAN-IFRA

Hong Kong – Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) meraih Anugerah Emas kategori Liputan Merentas Media (Cross Media Editorial Coverage) dalam Anugerah Media Digital Asia 2011 yang berlangsung di sini, semalam.

Majlis anjuran WAN-IFRA Asia Pasifik, sebuah pertubuhan akhbar dan penerbit dunia itu, mengiktiraf usaha Berita Harian dan NSTP e-Media dalam usaha mempromosikan ABPBH melalui online dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Dalam kempen itu, NSTP e-Media membantu mereka laman sesawang ABPBH. Mereka juga menyediakan kandungan video melalui online mengenai pelbagai aktiviti ABPBH seperti jelajah promosi dan acara mencari bakat baru Bintang Idola.

“Kami juga bekerjasama dengan Alt Media Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Bhd membuat siaran langsung melalui online pada malam kemuncak ABPBH,” kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH, Hanizam Abdullah.

Majlis penganugerahan itu adalah kemuncak Persidangan Media Digital Asia 2011 yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif WAN-IFRA, Christoph Reiss, dan Pengarah Urusannya, Thomas Jacob.

Source: Berita Harian