Wartawan Harian Metro menang tempat ketiga

April 27th, 2012

KOTA KINABALU – Wartawan Harian Metro, Norasikin Daineh memenangi tempat ketiga Anugerah Media Petronas Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2011, di sini, malam tadi.

Laporan bertajuk ‘Bakteria Bersih Sungai Sembulan’ menewaskan 11 penyertaan daripada media tempatan lain.

Hadiah disampaikan Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohamad Medan Abdullah.