Dua menang hadiah tiket ke Euro 2012

May 30th, 2012

Peraduan EURO Destinasiku Berita Harian menerima sambutan menggalakkan apabila menerima timbunan penyertaan daripada pembaca setia. Kelmarin, 12 nama, termasuk dua pemenang hadiah utama sudah dipilih dan nama setiap pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.

Pemilihan itu dilakukan oleh panel, termasuk Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said, Pengarang Sukan Berita Harian, V Ashok dan Eksekutif Penjenamaan Berita Harian, Roshafizah Halim.

Peraduan melengkapkan dialog dengan ayat paling kreatif bermula 10 hingga 20 Mei lalu menawarkan hadiah utama iaitu dua pakej bernilai RM40,000 termasuk tiket penerbangan, penginapan untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan antara England dan Sweden pada 15 Jun ini. Sepuluh lagi akan mendapat hadiah RM500 setiap seorang.