Badan Khairat NSTP terima tajaan RM24,000

July 12th, 2012

KUALA LUMPUR – Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menerima tajaan RM24,000 daripada Koperasi NSTP, Puteri Umno dan Bank Rakyat bagi dana Tabung Kemanusiaan Kemboja 2, di Balai Berita, semalam.

Sumbangan itu menambahkan jumlah kutipan tabung berkenaan kepada RM133,000 yang akan diguna untuk menyampaikan sumbangan keperluan sempena persiapan Ramadan kepada 200 keluarga dari 10 perkampungan di Siem Reap, Kemboja bermula esok. hingga 16 Julai ini.

Tajaan diterima Pengerusi Badan Khairat NSTP merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Koperasi NSTP diwakili Pengurus Kanannya, Rodziah Jamaah, yang menyumbang RM1,000, Puteri Umno oleh Pengerusi Biro Kebajikannya merangkap Ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan, Zauyah Zainuddin (RM3,000) manakala Bank Rakyat oleh Pengurus Besar Teknologi Maklumat dan Fasiliti Pelanggannya, Rahim Yunus (RM20,000).