HOME > In the News  
 
 


 Chuah menangi Proton Gen.2

BH-25/06/2005

KUALA LUMPUR: Peraduan NST Collect The Masthead Drive anjuran akhbar New Straits Times (NST), pusingan kedua dimenangi Chuah Kee Man, 22 yang akan menerima hadiah utama, Proton Gen.2.

Sebanyak 12,128 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia, namun hanya 35 pemenang dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai.

Dua orang masing-masing menerima wang tunai RM10,000 ialah P Kasturi, 29, dan Mohd Zamri Ishak, 23 manakala dua lagi masing-masing menerima RM5,000 ialah Samuel Inbaraj Walters, 57, dan Gan Kian Kok, 65,

Hadiah kamera video bernilai RM1,000 pula bakal dimenangi 30 pemenang bertuah yang akan dihubungi tidak lama lagi.

Juri yang terdiri daripada Juruaudit Dalaman Peraduan NST Collect The
Masthead Drive, Mohd Hisham Shazli; Eksekutif Penjenamaan Bahagian Pemasaran, Harian Metro, Zurani Abdullah dan Eksekutif Komunikasi Korporat, Norazlinda Aziz bertanggungjawab mengaudit senarai pemenang pertandingan ini.

Mohd Hisham, berkata banyak penyertaan pusingan kedua ditolak kerana tidak memenuhi kriteria.

"Kebanyakan mereka tidak mengumpul masthead mengikut tarikh sepatutnya dan ada sesetengahnya memberi helaian muka hadapan lebih daripada satu dan ini membuatkan mereka tidak layak memenangi hadiah," katanya ketika majlis cabutan pemenang NST Collect The Masthead Drive di Balai Berita NSTP, semalam.

Pengarah Moccis Trading Sdn Bhd, Datuk Raja Zulkepley Dahalan; Ketua Pegawai Kewangan Moccis Trading, Woon Wai En; Pengarah Urusan Moccis Trading, Ezani Mustafa dan Pengarah Edaran Berita NSTP, Wee Teck Kee, memilih senarai pemenang.

Hadiah-hadiah ditaja oleh NSTP dan Moccis Trading Sdn Bhd.

 
  Home - Contact - Sitemap - Events - In the News - Legal Terms  
  Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Balai Berita,31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur,Malaysia