Hishamuddin pangku jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP


BH-19/11/2005
Send to a friend | Printable Page


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times
Press (M) Bhd (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd
(BHSB), Datuk Hishamuddin Aun, memangku jawatan Ketua Pengarang Kumpulan
NSTP, mulai hari ini.

Beliau akan memangku jawatan itu sepanjang ketiadaan Ketua Pengarang
Kumpulan NSTP, Datuk Kalimullah Hassan yang bercuti menjelang tamat tempoh dua tahun kontrak perkhidmatannya, akhir tahun ini.

Hishamuddin, 44, dilantik sebagai Pengarang Kumpulan BHSB pada 18 Julai
2003 dan kemudian sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP sejak 1
Januari lalu.

Sementara itu, Kalimullah dalam kenyataan yang dikeluarkan, merakamkan
ucapan terima kasihnya kepada semua kakitangan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepadanya dalam meningkatkan lagi pencapaian
akhbar terbitan kumpulan NSTP.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan kepada saya dan berharap ia akan turut diberikan
kepada pengganti saya, Datuk Hishamuddin Aun," katanya.

Beliau berkata, sokongan itu membolehkan NSTP mencapai pelbagai
kejayaan termasuk mengembalikan semula kedudukan Berita Harian sebagai
akhbar berbahasa Melayu nombor satu dan Harian Metro akhbar berbahasa
Melayu paling tinggi jualannya.

Beliau berkata, ini membolehkan New Straits Times, yang kini diterbitkan dalam saiz kompak, mencatat peningkatan jumlah edaran walaupun dalam persekitaran global yang menunjukkan arah aliran menurun bagi penjualan akhbar.

  Home - Contact - Sitemap - Events - In the News - Legal Terms  
  Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Balai Berita,31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur,Malaysia