Metro Ahad menang


HM-22/03/2007
Send to a friend | Printable Page

KUALA LUMPUR: Akhbar Metro Ahad semakin matang dalam pemberitaan bercorak kesihatan dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan apabila memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik kategori akhbar bahasa Melayu, semalam.

Menerusi rencana kesihatan bertajuk Hiperhidrosis Ganggu Hidup,

wartawan Norlaila Hamima Jamaluddin berjaya merangkul kejuaraan sekali

gus membawa pulang anugerah berserta cek bernilai RM3,500.

Kemenangan diraih pada Majlis Anugerah Media Kementerian Kesihatan itu

membuktikan kesungguhan Metro Ahad melaporkan berita kesihatan khusus

bagi penduduk negara ini selain menjadi nadi kepada kementerian dalam

menyalurkan maklumat kesihatan.

Sebanyak 14 anugerah diberi bagi menghargai media tempatan dan badan

bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu mempromosikan kesihatan kepada

masyarakat.

Pada majlis sama, akhbar New Straits Times (NST) memenangi Anugerah

Kewartawanan Kesihatan Terbaik bagi kategori bahasa Inggeris, manakala

TV3 merangkul hadiah Kewartawanan Kesihatan Terbaik Televisyen.

NST turut memenangi Anugerah Kewartawanan Akhbar manakala Berita Harian

memenangi hadiah sagu hati Anugerah Kewartawan Kesihatan bagi kategori

bahasa Melayu.

Sementara itu, dengan hanya mengubah nama daripada Viagra kepada

Miagra, satu sindiket dipercayai didalangi syarikat besar cuba membawa

masuk 1.4 juta pil seks tiruan ke pasaran tempatan dan Thailand.

Pil berkenaan dipercayai menjadi alternatif kepada lelaki yang malu

mendapatkan khidmat pakar dalam menyelesaikan masalah lemah tenaga batin.

Miagra yang hampir menyamai pil Viagra dikatakan mampu melunaskan

impian lelaki yang memerlukan ubat tambahan sebagai perangsang syahwat

mereka.

  Home - Contact - Sitemap - Events - In the News - Legal Terms  
  Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Balai Berita,31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur,Malaysia