Nestle taja akhbar BH, NST


BH-08/05/2007
Send to a friend | Printable Page

NESTLE Koko Krunch menaja akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH) untuk diagihkan ke 150 sekolah rendah terpilih seluruh negara di bawah Program Koko's Smart Start Camp 2007 bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat.

Tajaan bernilai RM410,000 dengan membekalkan 50 naskhah akhbar NST ke

100 sekolah dan 30 naskhah akhbar Berita Harian ke 50 sekolah setiap

Isnin itu bermula 30 April lalu hingga November depan.

Majlis penyampaian tajaan itu disempurnakan Pengurus Acara Nestle

Products Sdn Bhd, Yang Kalsom Mohd Omar, dengan menyerahkan akhbar NST

kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (1), Rohaya Abu

Samah, semalam.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Shamsudin Idris.

Bagi akhbar NST, sebanyak 10 sekolah rendah sekitar Perak menerima

tajaan diikuti Pulau Pinang (10), Kedah (enam), Perlis (empat), Pahang

(10), Terengganu (10), Kelantan (10), Johor (10), Selangor (10), Kuala

Lumpur (10), Melaka (lima) dan Negeri Sembilan (lima).

Sementara bagi akhbar Berita Harian, lima sekolah rendah terpilih

masing-masing di Perak, Pulau Pinang, Kedah/Perlis, Terengganu, Kelantan,

Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Yang Kalsom berkata, Program Koko's Smart Start Camp

telah dimulakan oleh Nestle Koko Krunch dan New Straits Times Press

(NSTP) sejak 2005 bertujuan meningkat penguasaan bahasa Inggeris murid

menerusi aktiviti menarik dan bermanfaat.

  Home - Contact - Sitemap - Events - In the News - Legal Terms  
  Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Balai Berita,31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur,Malaysia