KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini menzahirkan penghargaan dengan menyumbangkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad.
Sumbangan agihan juadah berbuka itu adalah sebagai tanda penghargaan KTMB terhadap petugas media yang banyak membantu, terutama dalam menghebahkan program anjuran KTMB kepada masyarakat.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob kepada Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman di Balai Berita Bangsar, di sini, hari ini.
Turut serta, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Strategik KTMB, Noor Shahdiella Abd Manan; Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Nurul Asyura; Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Editor Eksekutif Harian Metro, Muhammad Safar. – BH Online