Putrajaya: Sebanyak satu tan beras bakal diberikan secara percuma di reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Putrajaya Edisi Raya, jam 3 petang, hari ini.
Pengurus Besar Pengedaran NSTP Prakash Munusamy berkata, beras tajaan PUTRAJAYA: Reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) meriah dengan sambutan pengunjung sempena hari kedua penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) Putrajaya Edisi Raya, di sini, hari ini.
Pengarang Urusan Kumpulan, NSTP merangkap Pengarang Kumpulan akhbar Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, sambutan diterima itu membuktikan sokongan orang ramai terhadap jenama NSTP serta KJH yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB).
“Kita memang menjangkakan sambutan akan ramai pada hari ini dan esok kerana hujung minggu. Malah, kebiasaan KJH memang begitu terutama pada waktu puncak di sebelah petang hingga ke malam.
“Berdasarkan rekod sebelum ini pun, KJH mencatatkan ratusan ribu pengunjung dan kali ini dijangka sama juga. Sedikit sebanyak reruai NSTP juga mendapat sambutan dan memang meriah.
“Ditambah pelbagai barangan atau ‘goodies’ diberikan secara percuma kepada pengunjung yang singgah terutama kepada mereka yang masuk ke Dinoland,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Reruai NSTP hari ini.
Turut hadir Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, M Thillinathan dan Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad.
Turut serta Ketua Pegawai Operasi Print Towers Sdn Bhd, Luqman Adrienne; Pengurus Besar Operasi Perniagaan, Sokongan Pemasaran dan Jualan NSTP Aswan Abdul Kadir; Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Fadzli Mustapha dan Pengurus Besar Pengedaran Print Towers Sdn Bhd, Prakash Munusamy.
Dalam pada itu, Ahmad Zaini berkata, tarikan utama di reruai NSTP iaitu Dinoland menawarkan pengalaman baharu dalam terowong dinosaur buat seisi keluarga.
“Ini tahun kedua dan kali keenam kita membawa Dinoland pada edisi KJH. Cuma, berbeza kali ini apabila konsep yang dibawa lebih menghiburkan dan menarik iaitu ‘glow in the dark’.
“Macam KJH Putrajaya tahun lalu kita tak bawa Dinoland, tetapi tahun ini kita sediakan. Ia juga atas permintaan orang ramai. Insya-Allah, kita cuba untuk bawa Dinoland ini pada KJH seterusnya,” katanya.
Sementara itu, kemeriahan reruai NSTP semalam turut ditambah dengan pengedaran 500 paket beras dan 2,000 roti percuma kepada pengunjung yang turut serta memeriahkan acara pelancaran itu.
Beras terbabit adalah tajaan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) antara tawaran istimewa disediakan khas buat pengunjung. Sejumlah 500 paket beras lagi akan diedarkan hari ini pada hari terakhir KJH.
Turut ditawarkan cabutan bertuah iaitu pakej penginapan di Hotel Everly Putrajaya dengan anggaran RM7,000.
Antaranya penginapan dua hari satu malam untuk 10 pemenang, 20 pas bufet makan tengah dan 10 pas gimnasium selama enam bulan. – BHOnline | NSTOnline